Assalamualaikum muslimin muslimat. Dalam page ni, saya ada jumpa beberapa website yang sedikit sebanyak boleh memudahkan kita untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak muslim. Saya akan terus mencari lubang-lubang yang kita sama-sama boleh manfaatkan dari Internet ni ya. Setakat ini, berikut ialah website yang saya telah jumpa dan berbesar hati untuk kongsikan dengan saudara seislam saya.
Musim haji dah nak sampai? Dah masuk bulan zulhijjah ni tetiba terniat nak buat ibadah korban tapi macam tak sempat nak cari kat mana? Nak beli seekor macam tak cukup duit je tapi nak jugak buat korban. Tak apa, anda boleh buat korban mengikut bahagian. 1 ke 2 ke, mana-mana boleh. Tapi masalahnya, dengan siapa pulak nak berkongsi bahagian tu? Takkan seekor an'am kita seorang je ambil satu bahagian? Macam mana nak disembelih bila tak cukup syarat? Haaa jomlah berkorban dengan.....
eQurban
InsyaAllah, niat kita terlaksana, ibadah pun diterima mudah-mudahan. Apa tunggu lagi? Jom kita buat ibadah!
Seorang muslimah dikenali melalui pakaiannya. Bila orang tengok perempuan berhijab (bertudung) aje, orang tahu dia tu Islam. Betul tak? Tapi sebenarnya, muslimah bukan aje terletak pada tudung, pada pakaiannya juga. Pakaian mestilah yang bersih, tidak jarang dan menepati kehendak syarak seperti tidak mengikut bentuk badan dan tudung labuh menutupi dada. Masalahnya, zaman sekarang ni bukan senang nak cari baju/pakaian yang betul betul mengikut syarak. Jangan risau! Di sini saya sertakan satu eShop yang muslimah-muslimah kiut miut ni boleh tengok. Jom kita ke....
Sweet Muslimah
Haaa kat sini ada baju-baju untuk muslimah yang sukakan pakaian yang labuh labuh (instead of pakai seluar dengan Tshirt) macam blouse, jubah dan banyak lagi! Jom pakat beli =D Saya pun suka beli kat sini. Best! Harga pun okay hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan