Entri kali ni saya nak kongsikan cara-cara untuk daftar online banking. Okay, sebelum tu, apa yang bagusnya bila ada online banking ni? Haa ni nak beritahu ni. Banyak sebenarnya kebaikannya, lebih-lebih lagi bila anda ni jenis yang terlalu sibuk, tak kisahlah sibuk dengan kerja ke anak-anak ke, dan orang yang pemalas nak jalan pergi bank semata-mata untuk pergi ATM macam saya huhu. Yelah, bila tahu pasal online banking ni, mesti anda akan terfikir "Kenapa susah-susah pergi ATM sedangkan ATM ada di rumah". Apa maksudnya tu? Ha, jom kita tengok kelebihannya:
1. Boleh semak baki akaun (Simpanan/Semasa)
2. Boleh semak penggunaan kad kredit
3. Boleh buat pemindahan wang (Money Transfer) - servis sebiji macam ATM
4. Boleh check akaun-akaun yang lain (Unit Amanah/Pinjaman/Pelaburan/Pelaburan emas)
5. Boleh bayar bil online (Tak perlu susah-susah pergi pejabat pos)
6. Boleh beli topup dan terus masuk
7. Mudah untuk membuat pembelian di website
8. Boleh buat pembelian yang berlainan currency (guna Visa/MasterCard/Cirrus)
Tu antara kelebihannya. Tapi yelah, mana ada benda yang sempurna di dunia ni kan. Online banking ni ada juga kekurangannya seperti tak boleh berurusan dengan duit cash (memang lah haha), tak boleh reload touch 'n go sebab perlu imbas kad yang nak ditambah nilai dan beberapa lagi. Apa-apa pun, online banking tetap menjadi pilihan kerana jimat tenaga. masa dan lebih selamat.
Berbalik pada tajuk. Macam mana nak daftar ya online banking ni? Buat masa ni, saya akan kongsikan dua jenis bank sahaja iaitu CIMB dan Maybank kerana dua bank ni banyak digunakan bagi tujuan beli-belah. Bank-bank tempatan yang lain pun dah ada perkhidmatan online banking ni, cuma kadantg-kadang tu tak tersenarai dalam pilihan untuk bayaran. Itu je. Ada juga bank yang lain seperti Hong Leong Bank, Public Bank dan RHB bank, tapi saya tak familiar dengan bank-bank ni, jadi dua tu aje lah ya.
MAYBANK
Bagi yang dah ada akaun Maybank, bagus bagus. Kalau yang tak ada akaun Maybank, anda boleh pilih sama ada nak buka akaun Maybank dahulu (RM50+RM10-duit proses) atau mohon Maybank Kawanku (tak perlu buka akaun Maybank) - minta borang dari pihak bank.
Langkah-langkahnya (minta maaf saya guna bahagasa Inggeris):
1. Pergi mesin ATM, pilih 'Mobile Banking Application/Internet Banking)
2. Kemudian pilih semua pilihan yang ada tulis 'Register' kecuali 'Register TAC'
3. Anda akan dapat 6 digit no pin. Simpan! Jangan hilang!
4. Anda pergi ke kaunter, beritahu pihak bank anda nak daftar TAC.
5. Selepas selesai semuanya, anda pergi ke website Maybank2u dan klik 'Register' di bahagian atas kanan website (sebelah Login)
6. Masukkan no kad anda (no yang tertera atas kad, bukan no akaun) dan no pin (no pin ATM/ no pin tadi). Jangan lupa tick kotak kecil bawah tu.
7. Seterusnya anda isikan maklumat yang diminta dan kemudian selesai!
Kalau anda nak lebih senang menggunakan aplikasi Maybank2u, download apps Maybank2u dari Play Store (Android). Ikut sahaja arahan yang diberikan dan anda akan dapat uruskan akaun anda hanya dari telefon bimbit. Senangnya!
CIMB
Bagi yang nak menggunakan CIMB, sama juga seperti di atas cuma ada perbezaan sikit. Bagi yang dah ada akaun CIMB, bagus bagus. Kalau yang tak ada akaun CIMB, anda perlu buka akaun dahulu (RM250)
Langkah-langkahnya (minta maaf saya guna bahagasa Inggeris):
1. Pergi mesin ATM, pilih 'Mobile Banking Application/Internet Banking)
2. Kemudian pilih semua pilihan yang ada tulis 'Register'. Anda akan diminta masukkan no telefon anda.
3. Selesai di ATM, anda boleh terus buka website CIMB Clicks
4. Klik 'Register'.
5. Isikan semua borang pendaftaran online. Anda akan diminta isi maklumat seperti no kad dan no pin, kemudian penetapan username dan password serta beberapa security features.
6. Seterusnya, selesai!
Itu sahaja yang diperlukan untuk akaun CIMB. Tak perlu daftar TAC, hanya no telefon hehe. Kalau anda tak faham apa yang saya ajarkan, anda boleh klik 'Demo' bersebelahan dengan 'Register' tadi. Akan keluar satu tutorial yang akan membantu anda.
Kalau anda nak lebih senang menggunakan aplikasi CIMB Clicks, download apps CIMBClicks dari Play Store (Android). Ikut sahaja arahan yang diberikan dan anda akan dapat uruskan akaun anda hanya dari telefon bimbit. Senangnya!
Saya harap entri ini dapat meningkatkan kefahaman anda tentang bagaimana nak buat online banking. Kalau ada sebarang masalah berhubung entri ini, anda boleh emelkan soalan kepada saya, atau hubungi terus Customer Service bank masing-masing untuk bantuan.
Maybank: 1-300-88-6688
CIMB: 03-6204 788
Sampai di sini sahaja untuk entri kali ini. Terima kasih kerana melawat dan moga bermanfaat!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan