Kenapa pulak dengan tajuk tu? Lazada.com? Apa masalahnya dengan website tu? Tak ada masalah pun sebenarnya. Saya cuma nak kongsikan pasal Lazada.com ni. Website ni antara website yang terkenal dengan barangan dan perkhidmatannya. Saya pasti, ramai yang pernah dengar pasal Lazada ni, malah ada yang dah berkali-kali beli dekat sini. Tujuan saya menulis entri ni sebab saya nak ajarkan kepada anda yang belum tahu macam mana cara nak beli secara online dengan Lazada ni.
Cara nak beli dengan lazada ni sebenarnya tak susah sangat. Yang penting, anda kena ada kad kredit atau akses untuk perbankan internet (internet banking) bagi yang hanya ada akaun simpanan. Bagi yang ada akaun simpanan, ada kad debit, tapi tak tahu macam mana nak daftar untuk internet banking, sila klik SINI. Saya ajarkan step-by-step cara untuk mendaftar untuk internet banking.
Berbalik pada Lazada tadi, cara nak beli tu senang aje. Klik klik dan siap. Asalkan semua syarat dipenuhi. Oh ya, sebelum itu, saya syorkan anda untuk mendaftar dengan Lazada. Bukan apa, supaya nanti anda dapat makluman awal tentang barang terkini dan kadang-kadang Lazada bagi diskaun! (wuhuu) Cara dia pun mudah aje. Caranya di SINI. Tapi kalau rasa macam tak suka emel dari Lazada asyik masuk inbox, tak daftar pun tak apa. Boleh aje beli hehe.
Okay! Cara-cara nak beli secara online di Lazada adalah seperti berikut:
1. Pergi ke laman web Lazada
*2. Siapa yang nak buat akaun Lazada, tekan signup di taskbar atas sekali. Yang dah ada boleh login dan yang tak nak buat boleh abaikan step ni
3. Cari barang yang anda nak beli (kalau belum specific, boleh search ikut kategori)
4. Dah pilih, klik 'Add to cart'
5. Kemudian akan keluar pop-up window, check balik barang yang nak dibeli. Bila dah confirm, klik check out (kalau nak gabungkan barang lain pun boleh)
*6. Kalau yang taknak buat akaun tadi, anda akan diminta untuk isi emel anda. Anda isikan ruang emel, pilih 'continue without password' dan klik continue. Yang ada akaun boleh abaikan step ni.
*7. Lepastu, untuk yang takada akaun, anda akan diminta isi shipping address iaitu alamat barang akan dihantar dan no telefon. Kemudian, klik continue. Yang ada akaun, abaikan step ni.
8. Seterusnya, payment method. Saya syorkan anda guna 'Credit or Debit Card' atau online banking sebab itu yang paling mudah. Cash on Delivery terhad untuk beberapa kawasan dan cara yang lain lebih sesuai jika melibatkan perbezaan currency.
9. Isi maklumat (Credit Card) / Pilih online banking yang anda ada dan anda akan di'direct'kan ke sana untuk proses bayaran.
10. Selepas membuat bayaran, invoice payment akan diberikan. Boleh print jika perlu.
Dalam beberapa hari bekerja, barang yang anda order akan sampai dengan selamat!
(Saya tak tunjukkan method secara bergambar kerana layout website boleh berubah dari semasa ke semasa. Lebih susah untuk faham sekiranya layout berubah tanpa pemberitahuan.)
Itu sahaja untuk entri kali ini. Moga bermanfaat dan membantu! See yaaa byeee

Tiada ulasan:
Catat Ulasan