Khamis, 22 Disember 2016

Takutnya MUET!

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Harapnya baiklah ya. Okay, entri kali ni saya berminat nak menaip tentang MUET. Mungkin anda yang sedang membaca entri saya ni tengah mencari-cari tips untuk jawab MUET yang tak lama lagi tu kan? Setahu saya, MUET ni ada 4 pecahan iaitu listening, writing, speaking dan reading. Sebagai seorang penuntut yang akan menyambung pelajaran di dalam negara (Malaysia), anda wajib menduduki MUET dan sekurang-kurangnya lulus untuk diterima masuk ke universiti tempatan. Betul kan? Kalau tak, anda kena duduki semula ujian tu sampailah lulus. Fuhhh seksa tu! Hari ini, saya berbesar hati nak kongsikan tips yang saya lakukan untuk menghadapi peperiksaan yang seakan-akan MUET ini. Kenapa saya kata 'seakan-akan MUET'? Sebab saya tak duduki MUET tetapi saya mengambil peperiksaan untuk bahasa asing iaitu bahasa Jerman! Tetapi struktur peperiksaannya sama aje, iaitu 4 elemen tadi. Saya takkan kata Jerman lebih susah kerana semua bahasa asing ni susah haha. Kadang-kadang bahasa Melayu pun kita tak dapat nak capai markah yang tinggi kan?

Okay! Jom mulakan dengan tips!

Listening

Untuk berhadapan dengan ujian ni. anda sepatutnya bermula dari awal. Kalau mula last minute tu payah sikit la sebab listening ni perlukan latihan juga, bukan setakat dengar aje. Cara untuk baiki skil listening ni ialah anda kena banyak mendengar benda-benda yang dituturkan dalam bahasa Inggeris, contohnya macam tonton filem Inggeris, dengar lagu Inggeris dan tonton berita yang bertutur bahasa Inggeris macam BBC/Bizworld/NTV7. Kalau dah dengar tu, janganlah dengar aje. Cuba fahamkan apa yang nak disampaikan. Baiknya amalkan tips ni setiap hari. Biasakan dengan semua loghat bahasa Inggeris sampailah anda dapat faham dan tangkap apa yang dituturkan sekali lalu sahaja.

Writing

Seterusnya ialah writing. Cara untuk baiki skil ni ialah anda kena banyak menulis dalam bahasa Inggeris. Menulis tak semestinya menulis esei kerja sekolah yang cikgu bagi aje. Menulis boleh jadi macam-macam. Contohnya waktu nak menulis diari, anda boleh tukar daripada diari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Kalau anda tak tahu perkataan bahasa Melayu tu dalam bahsa Inggeris, gunakan kamus BM-BI. Tak perlu malu simpan kamus tu. Ha, kalau dah boleh menulis dalam bahasa Inggeris, anda cuba luaskan penguasaan istilah (vocab). Contohnya macam anda nak sampaikan guna perkataan 'use'. Selain daripada guna 'use', anda boleh guna 'utilise(ze)'. Untuk yang ini, anda dah boleh upgrade kamus jadi BI-BI pula.

Reading

Untuk reading mudah aje. Anda carilah apa-apa bahan bacaan yang berbahasa Inggeris. Berita (News Straits Times) ke, bacaan online ke, majalah (Reader's Digest) ke. Apa-apa pun boleh. Kalau saya, saya lebih suka untuk membaca novel-novel bahasa Inggeris sebab banyak perkataan-perkataan yang tak pernah dengar sebelum ni ada dalam tu. Kalau tak faham, gunakan kamus untuk cari maksud. Kalau rajin lagi, sediakan satu buku nota kecil, tuliskan semua maksud perkataan yang anda tak faham tu. Lain kali, kalau terjumpa lagi, senang nak rujuk.

Speaking

Haaaa ini masalah besar bagi semua orang. Saya tahu! Cara untuk tambah baik skil ni satu aje sebenarnya iaitu biasakan bercakap bahasa Inggeris. Tapi saya faham apa masalah anda semua. Malu dan takut. Malu kena ejek kalau salah dan takut kena kecam kalau cakap bahasa Inggeris. Biasalah tu, orang kita. Apa yang saya buat untuk elakkan masalah ni ialah saya akan ajak rakan sekelas saya bercakap bahasa Inggeris, selalunya yang berbangsa lain (Cina/India). Sebabnya ialah kebanyakan mereka amat fasih berbahasa Inggeris, mungkin kerana sering kali digunakan + mereka jarang mengkritik dan selalunya akan membetulkan ayat kita kalau salah. Selain itu, anda WAJIB menggunakan waktu sesi pembelajaran (kelas bahasa Inggeris) anda untuk bertutur dalam bahasa Inggeris semaksimum mungkin. Walaupun anda tak yakin, cuba! cuba, cuba dan cuba.

Itu lah tips untuk berhadapan dengan MUET yang boleh saya berikan kepada anda. Anda nak lebih tips lagi? Tips ini anda dah cuba tapi tak berkesan? Nak tips yang lebih power? Jangan risau! Banyak lagi tips untuk anda!




Panduan-panduan yang power-power untuk anda. Jangan lepaskan peluang ni! Sanggup ke nak repeat MUET berkali-kali? Tak seksa ke? Kalau takut nak repeat, dapatkan panduan di ATAS!

Sekian sahaja entri saya untuk kali ini. Moga bermanfaat!











Tiada ulasan: